Dipanggil Anjing Di YouTube, Veveonah Tenang Minta ‘Keyboard Warrior’ Hentikan Buli Siber

Menjadi perhatian orang ramai terutamanya netizen di media sosial bukanlah perkara yang senang untuk dilalui oleh sesiapa sahaja.

Walaupun kebanyakan masa ia dipenuhi dengan pujian dan kata-kata semangat – ada ketikanya media sosial juga boleh menjadi tempat yang sangat gelap buat sesetengah individu.

Dan perkara itu turut berlaku kepada Veveonah Mosibin – yang tular dengan kisahnya menjawab peperiksaan di atas pokok di sebuah perkampungan di Sabah sebelum ini.

Melalui satu perkongsian yang dibuat di Facebook pada semalam, Veveonah berkongsikan komen yang diterima di laman YouTube miliknya baru-baru ini yang berunsurkan buli dan mengandungi kata-kata kesat termasuk memanggil dirinya anjing.

Kecewa dengan komen yang ditinggalkan ‘keyboard warrior’ itu, Veveonah kemudiannya berkongsikan perkara tersebut bersama pengikutnya di Facebook.

Bukan sahaja berkongsikan tangkap layar komen membuli tersebut namun Veveonah pada masa sama turut memberikan pesanan buat mereka yang sentiasa membuli orang lain di alam maya.

“Saya bangun dengan melihat notifikasi ini. Tolong, hentikan buli siber.

“Jangan suka menghakimi orang lain, jangan sebarkan kebencian.

“Kalau anda tertekan, dapatkan bantuan orang yang anda boleh percaya dan keluarga. Cuma jangan sakiti orang lain,” balasnya dengan tenang.

Kisah Veveonah mula tular sejak pertengahan tahun ini di media sosial dan mendapat liputan luas media seluruh negara dan pihak universiti yang dihadirinya.

Walaupun berdepan pelbagai kecaman dan pujian daripada netizen sebelum ini namun Veveonah seperti dalam respon yang diberikannya masih kelihatan tenang menjawab segala tuduhan dan cacian yang diberikan kepadanya. Vc

KJ jumpa Veveonah, mohon maaf bagi pihak kerajaan, tawar kerjasama inovasi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker