Covid-19 : 260 kes baru hari ini

Kes baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini adalah sebanyak 260 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jangkitan baru ini merupakan yang tertinggi sejak 4 Jun lalu yang mencatatkan 277 kes ketika itu.

Sabah terus mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 118 kes baru, diikuti Kedah dengan 98 kes, Kuala Lumpur (14 kes) dan Selangor (13 kes).

Sementara itu, sebanyak 31 kes penularan tempatan melibatkan mereka yang pernah ke Sabah.

Terkini #COVID19Malaysia 1 Okt 2020
Kes sembuh=47
Jumlah kes sembuh= 10,014 kes
Kes positif= 260
(kes import=1, kes tempatan=259)
Jumlah positif= 11,484 kes
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 136
Kes dirawat di ICU=20 kes
Bantuan Alat Pernafasan=3 kes

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker