Beri ‘bayangan PKP dilaksana semula’ di Twitter? Ini jawapan Dr Noor Hisham

Share

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan status yang dimuat naik di akaun Twitter mengenai saranan duduk di rumah bukan perkara baharu yang disuarakan beliau.

Jelasnya, tujuan ciapan berkenaan adalah bagi mengingatkan semua rakyat Malaysia supaya tinggal di rumah jika tiada urusan penting dalam situasi COVID-19 ketika ini.

Bagaimanapun, katanya jika tetap mahu keluar, mereka diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Jadi perkara itu bukan perkara yang baharu iaitu ketika saya Tweet. Dari hari pertama lagi saya Tweet iaitu saya mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia yang tiada urusan penting di luar dinasihatkan duduk rumah.

“Kalau kita nak keluar dari rumah kerana ada urusan penting, patuh SOP. Sebab itulah tujuan utama saya Tweet… bukan perkara baharu. Hanya ingatkan duduk rumah kalau tiada urusan penting. kalau nak keluar kena amalkan konsep 3W,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini pada Khamis.

Sebelum ini, satu status Twitter yang dimuat naik Dr Noor Hisham mengundang persoalan kalangan orang ramai yang berteka-teki sama ada PKP akan dilaksanakan semula.

Ciapan itu ialah “How about all stay at Home for awhile again?”, yang kemudian menjadi bualan netizen di media sosial.

Leave a Reply