AirAsia tawar penerbangan Kuching-Langkawi

Share

AirAsia akan menghubungkan dua destinasi paling popular di Malaysia dengan penerbangan tiga kali seminggu antara Kuching dan Langkawi bermula 13 November ini.

Tambang, termasuk semua, untuk ahli BIG bermula serendah RM59 sehala dan tersedia untuk tempahan di airasia.com dan melalui aplikasi mudah alih AirAsia.

Pakej SNAP (penerbangan dan hotel) yang menawarkan penerbangan pergi balik dan penginapan selama 3 hari 2 malam di Pelangi Beach Resort Langkawi atau Nadias Hotel Cenang juga boleh didapati daripada RM269 seorang.

Manakala penginapan di Tune Hotel – Waterfront Kuching atau Regatta Suites Kuching boleh didapati daripada RM219 seorang.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Amanda Woo berkata, para pelancong juga boleh menempah perkhidmatan pengangkutan ke dan dari lapangan terbang atau aktiviti menarik lain di airasia.com. MG

Tiada perjalanan antarabangsa dari AirAsia tahun ini

Leave a Reply