ADUN Melaka dipercayai positif COVID-19, Kompleks Seri Negeri diarah tutup

Bangunan pentadbiran kerajaan negeri Melaka, di Kompleks Seri Negeri, di sini diarah dikosongkan serta merta bagi kerja-kerja operasi nyah cemar selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dipercayai positif COVID-19.

Tinjauan Astro AWANI di perkarangan kompleks tersebut mendapati, pengawal keselamatan menutup pintu masuk utama bagi mengelak sebarang kenderaan masuk ke bangunan itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, proses nyah cemar itu dilakukan pasukan bomba selepas mendapat permintaan daripada pihak kerajaan negeri.

“Sepasukan anggota dan pegawai ke Kompleks Seri Negeri bagi melakukan proses sanitasi sebaik menerima panggilan daripada kerajaan negeri dan ia cuma sanitasi biasa,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar sepasukan bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) menjalankan proses sanitasi di Seri Negeri dan segala urusan membabitkan kerajaan negeri hanya akan disambung pada esok.

Ianya selepas seorang ADUN dikatakan disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah.

Difahamkan, beliau bersama beberapa pemimpin UMNO Melaka baru pulang dari Sabah bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman ketika hubungi Astro AWANI bagaimanapun memaklumkan sebarang pemakluman rasmi akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam sidang media harian petang ini. Awani

Mantan Setiausaha Politik Mahathir saran Seri Perdana dinaik taraf macam Rumah Putih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker