Staf pejabat MP Lembah Pantai positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dilaporkan menjalani swab test selepas salah seorang kakitangan di pejabatnya yang baru pulang dari Sabah disahkan positif koronavirus (Covid-19).

 

“Semalam salah seorang staf pejabat saya yang baru pulang dari Sabah pada 25 September lalu telah disahkan positif Covid-19. Beliau dibawa ke Hospital Sungai Buloh (Selangor) untuk rawatan dan isolasi.

Susulan itu, katanya, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai terpaksa ditutup sehingga tempoh kuarantin selesai.

 

Kata beliau, langkah tersebut bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai.

 

“Unit dekontaminasi akan dihantar untuk proses dekontaminasi pejabat petang ini.

 

“Buat sementara waktu, warga Lembah Pantai yang ingin berurusan dengan pejabat (Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai) boleh menghubungi kami melalui laman FB ini atau melalui e-mel,” katanya.- SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker