“Solat Jelah Balik Daddy ooi…” Zizie Ezette Kongsi Video YB Bung Moktar Solat, Tahan Gelak Dikacau Anak2 [ VIDEO ]

Share

Pelakon Datin Seri Zizie Izette berkongsi beberapa video di laman Instagram yang memaparkan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin sedang menunaikan solat.

Bagaimanapun, ibadah tersebut agak ‘terganggu’ dengan kerenah anak-anak yang mungkin ingin melepaskan rindu terhadap beliau selepas sibuk memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 baru-baru ini.

Solat je lah balik daddy ooii

 

“Budak2 ni biasa tak kacau bila daddy solat tapi agaknya berhari2 sibuk jumpa pun sekejap2 mungkin ni cara diaorang nak perhatian & lepas rindu,” kata pelakon berusia 41 tahun itu.

Menurut Zizie, momen anak-beranak berkenaan disifatkan lucu selain sekadar mahu berkongsi bersama pengikut yang turut terhibur melihat gelagat anak-anaknya.

Jangan la padam, kenangan ni

Sibuk2 pun, solat tak tinggal

Tergelak pulak kita!

“Saya tak propa!” – Zizie Ezette buktikan beli baju anak RM10 di pasar raya

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu selesai mengangkat sumpah di Istana Negeri sebagai Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya Sabah.

PELAKON Datin Seri Zizie Ezette membuktikan dia membeli baju anak-anaknya yang hanya berharga RM10 di sebuah pasar raya.

Zizie, 41, berkata, apa yang dikongsikan menerusi laman sosial berkaitan pakaian anak-anaknya adalah benar dan tidak direka-reka.

So guys, saya hanya ingin berkongsi dengan anda kedai murah yang saya belikan untuk anak-anak dan pernah dipakai dalam posting-posting saya sebelum ini.

“Saya tak propa tau bila saya kata anak-anak memang pakai baju RM10” ujarnya di Instagram pada Khamis.

Zizie berkongsi kedai yang menjual baju kanak-kanak berharga RM10.

Zizie berkata demikian selepas perkongsiannya mengenai baju yang dipakai anak-anaknya dibeli dengan harga RM10 mendapat perhatian netizen.

Menurut Zizie, keadaan ekonomi yang kurang baik serta tanggungan yang semakin besar membuatkan dia perlu bijak berbelanja.

Dia perlu berjimat cermat untuk perkara yang lebih penting terutama untuk hal persekolahan anak-anaknya.

“Biarpun baju tak mahal, tiada brand sekalipun, janji nampak rapi dan kemas.

“Sejujurnya, kalau saya nampak baju harga RM10 pun saya akan beli jika cantik. Anak-anak cepat membesar dan ekonomi sekarang kurang baik, lebih baik berjimat untuk persekolahan mereka,” ujarnya.

Rata-ratanya bersetuju dan memuji sikap randah diri isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan iaitu Datuk Bung Moktar Radin.

Untuk rekod, Zizie berkahwin dengan Bung Mokhtar pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017 dan seorang bayi perempuan pada 1 Mac lalu.

Pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat berusia tiga dan satu tahun.

Sumber: Instagram, https://figuraku.com/

PRN Sabah: Zizie Ezette turun padang bantu suami berkempen

 

Leave a Reply