Pelanggan Restoran Sri Utara, Anjung Ketam Labuan diarah jalani saringan Covid-19

Labuan: Semua pelanggan dan pengunjung 2 premis makanan iaitu Restoran Sri Utara dan Anjung Ketam, di sini pada 18 dan 19 Sept lepas diarah menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Membedai dengan segera.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Ismuni Bohari berkata ia susulan ada individu yang mengunjungi 2 restoran itu yang masing-masing terletak di pusat bandar dan Tanjung Aru, disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan baru-baru ini.

“Masa (kunjungan) yang dikenal pasti adalah antara pukul 12 tengah hari hingga 2.00 petang di Restoran Sri Utara dan antara pukul 7.30 malam hingga 9.00 malam di Anjung Ketam.

“Pihak kami sudah mengeluarkan notis arahan kepada sesiapa yang mengunjungi premis makanan berkenaan untuk segera tampil menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Labuan telah mencatatkan 2 kes baharu (kes terbaharu pada Isnin) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 27 kes setakat ini.

Sementara itu, Ismuni mengesahkan tiada sekatan dikenakan kepada mana-mana individu dan syarikat pengangkutan untuk ke Labuan susulan kawalan lebih ketat di semua pintu masuk ke pulau bebas cukai itu.

“Kita tidak mahu ekonomi Labuan terbantut…oleh itu tidak ada sekatan dikenakan kepada syarikat pengangkutan untuk masuk ke sini.

“Kepada yang berulang-alik ke Labuan, Jabatan Kesihatan Labuan akan berikan kad pemeriksaan kesihatan kepada mereka… sudah semestinya mereka juga perlu jalani ujian Covid-19 sebaik tiba di sini, tetapi tidak diwajibkan kuarantin,” katanya. FMT

https://mykmu.net/2017/10/25/cukai-luar-pesisir-labuan-disalahgunakan/

https://mykmu.net/2017/10/27/cukai-luar-pesisir-labuan-disalahgunakan-bahagian-2/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker