Lantik wakil Pas dalam Kabinet Sabah

KUALA TERENGGANU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu mencadangkan agar kerajaan baharu Sabah melantik wakil pemimpin daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seperti Pas menganggotai Kabinet negeri itu.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, ia sebagai tanda penghargaan kepada parti itu yang melakukan pengorbanan tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

“Mudah-mudahan kerajaan GRS terus berkhidmat kepada rakyat dan segera melaksanakan aku janji PRN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 selepas mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

“Jernihkan keadaan, bukan keruhkan kedukaan” – Bung Moktar minta henti sandiwara politik

Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Menteri Kerja Raya Sabah.



Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffry Kitingan pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 2 serta jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri 3 dipegang oleh Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam, selain dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Hajiji tukar portfolio Bung selepas “pertengkaran” kecil



Mengulas lanjut, Razali yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Bersatu berkata, pelantikan Hajiji daripada parti Bersatu adalah keputusan kata sepakat pimpinan GRS.

Jelas beliau, pimpinan Sabah membuat keputusan sendiri dalam pemilihan itu bagi menentukan hala tuju kerajaan baharu mereka dan bukan atas dasar tekanan pemimpin dari Semenanjung.

“Pimpinan tertinggi dalam GRS yang turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri juga menampakkan agihan jawatan adalah adil dan saksama (jadi) ia tidak perlu dipertikaikan lagi,” katanya.

Episod baru drama Bakal PM-9, Alang-alang sembang biar kasi bimbang..



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker