Kluster baharu Covid-19 di Kedah

Share

Kementerian Kesihatan mengenalpasti kluster baharu Covid-19 di Kedah membabitkan seorang lelaki warga Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster Tembok itu adalah kes kematian ke-135 yang dilaporkan hari ini.

“Saringan Covid-19 kes indeks didapati positif pada 28 September. Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan 2 lagi kes positif Covid-19 membabitkan warganegara bagi kluster ini dikenalpasti.

“Mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga tengah hari ini, sejumlah 169 individu disaring dengan 3 dikesan positif manakala 166 individu menunggu keputusan.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan.”
FMT

Sebelum ini wujud beberapa kluster di Kedah antaranya Kluster Sivagangga, Kluster Sungai, Kluster Tawar.

Kluster Sivagangga juga dikenali sebagai super spreader.

Leave a Reply