Haram Potong Kuku Dan Rambut Semasa Haid? Ini Penjelasan Ustaz TikTok

Kalau kita seorang yang pembersih, mesti kita tak selesa kalau semua benda ini dilarang kan?

Selama ini kita dengar kata orang tua saja tanpa usul periksa, kali ini jom kita dengar apa yang ustaz ini nak explain

Ramai kaum wanita yang menyangka haram untuk memotong kuku dan rambut semasa tempoh haid. Sedangkan kita sendiri pun kadang tak tahu mana sumber yang betul dan sama ada boleh percaya atau tidak.

Baru-baru ini, seorang ustaz yang menyampaikan dakwah melalui TikTok, iaitu Ustaz Adnin telah memuat naik satu video yang menjawab soalan daripada netizen tentang mengapa perempuan haid tak boleh potong kuku.

Persoalannya, ada ke dalil yang sahih mengatakan perempuan dilarang berbuat demikian semasa ‘datang bulan’?

Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu, beliau berkata bahawa sebenarnya ia sama sekali tidak dilarang dan tiada satu pun hadis yang sahih mengatakan perempuan haid tak boleh potong kuku dan rambut.

“Yang kata perempuan haid kalau potong rambut, potong kuku time mandi kena bawa sekali tu itu palsu”, kata ustaz itu lagi.

Video tersebut telah mendapat lebih 90,000 tanda suka di TikTok dan hampir 8000 share ketika artikel ini ditulis.

Video yang ringkas dan padat selalunya mendapat perhatian ramai kerana informasi yang diberi mudah untuk difahami.

Ramai berterima kasih kepada Ustaz Adnin kerana telah menjawab soalan yang mereka sendiri tak pasti selama ini

Hasil tinjauan mendapati rata-rata komen daripada netizen baru tahu tentang jawapan kepada persoalan itu. Malah ada yang berkata selama 20 tahun hidup, mereka dah terbiasa tak potong kuku semasa datang haid.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Says

Okay, lepas ini tak perlu ragu-ragu dah. Ingat jaga kebersihan tau!

Siti Kasim Mengaku Liberal, Mencabar JAKIM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker