Covid-19 : 89 kes baru dengan 2 kematian hari ini

Sebanyak 89 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 2 kematian dicatatkan manakala 28 pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 89 kes baharu itu 86 adalah penularan tempatan dan 3 kes import.

Dua kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat 136 orang.

Sementara itu, 16 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 3 memerlukan alat bantuan pernafasan.



Setakat ini, Malaysia merekodkan 11,224 kes Covid-19 dengan 9,967 daripadanya sembuh.

Terkini COVID-19; 30 Sep 2020

Jumlah discaj baru:28
Jumlah kumulatif:9967 (88.8%)

Jumlah kes baru;89
Jumlah kumulatif:11224
Jumlah kes aktif:1121



Kes tempatan:86 (84WN, 2BWN)
Kes import:3 (3BWN)

Jumlah kematian:2
Jumlah kumulatif:136 (1.21%)

Kes di ICU:16
Pesakit intubated:3



Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker