Timbalan ketua polis balai ditahan SPRM

IPOH – Seorang timbalan ketua polis balai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat rasuah.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, anggota berpangkat Sarjan Mejar berusia 50-an itu ditahan petang semalam.

di suatu lokasi kerana disyaki terlibat dalam rasuah membabitkan jumlah RM2,000,” katanya ringkas ketika dihubungi media di sini hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker