Skandal Seks: Ab Rauf sindir Mohamad Ali, tolong move on

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh kekal dengan pendirian untuk tidak masuk campur dengan mengarahkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang didakwa terpalit dengan skandal seks agar membuat laporan polis dengan kadar segera.

Ab. Rauf berkata, desakan berkenaan hanya datang daripada kelompok-kelompok pemimpin yang tidak dapat menerima hakikat bahawa landskap politik Melaka telah beralih arah ke arena baharu.

Meskipun tidak menamakan kumpulan itu secara jelas, ia dipercayai merujuk kepada para pemimpin UMNO yang tewas dalam pemilihan parti, Mac lalu.



“Saya rasa siapa yang bersalah dalam hal ini? Tiada siapa pun yang didapati boleh mengesahkan perkara ini benar ataupun tidak. Kalau setakat perkara ini diambil daripada media-media sosial sebagai bentuk untuk menjatuhkan imej mana-mana tokoh atau individu kepemimpinan, saya rasa perkara ini perlu dilihat lebih mendalam daripada itu.

“Ini adalah merupakan salah satu agenda mereka-mereka yang masih lagi tak move on dalam politik Melaka yang sudah kita beralih ke arah politik baharu.

“Saya tak nak fikirkan benda ini sebab saya fikirkan untuk bekerja mempromosikan Melaka, memajukan Melaka. Perkara-perkara yang bersifat peribadi ini saya rasa tak payah saya nak bincanglah,” katanya ketika ditemui selepas program International Celebrity Visit Melaka di Banda Hilir di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat bekas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang meminta Ketua Menteri mengambil tanggungjawab mengarahkan Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin membuat laporan polis.



Mohamad Ali berkata, kontroversi yang sedang melanda Rais itu dilihat bukan sahaja mendatangkan impak negatif buat UMNO, tetapi turut memberi kesan terhadap kepercayaan rakyat berhubung kredibiliti kerajaan negeri baharu pimpinan Ab. Rauf.

Jelasnya, Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput tidak perlu diarah bercuti, sebaliknya wajib membuat laporan polis bagi membersihkan namanya, seterusnya dapat menoktahkan sebarang persoalan ditimbulkan masyarakat terutama serangan dalam media sosial.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta



View Chin rugi jutaan ringgit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker