Sabah cadang ‘lockdown’ zon merah

Share

 

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri bercadang melaksanakan lockdown di beberapa daerah yang dikategorikan sebagai zon merah berikutan penularan jangkitan koronavirus (Covid-19) jika keadaan tidak bertambah baik.

Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sehingga kini terdapat empat daerah yang dikategorikan sebagai zon merah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

Menurutnya, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) sudah memberi taklimat berhubung perkembangan di Sabah termasuk pandemik Covid-19 yang membimbangkan.

“Selepas penubuhan kerajaan baharu ini, kami akan memberi fokus kepada Covid-19 dan beberapa daerah telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB). Jika tidak bertambah baik, kerajaan negeri bercadang melaksanakan lockdown,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di kediamannya selepas menghadiri taklimat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) disini hari ini.

Wan Fayhsal jangan melampau – Najib

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, cabaran utama kerajaan Sabah ini ialah memastikan penularan Covid-19 di negeri itu dapat dikurangkan berikutan pertambahan jumlah kluster yang dikenal pasti khususnya di Pantai Timur Sabah.

“Beberapa kementerian juga mungkin akan diubahsuai termasuk Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat. Cuma matlamat utama kita ialah menangani isu Covid-19.

“Siapa yang akan mengetuai kementerian berkenaan, kita akan tentukan, Sabah sudah pernah berlaku Covid-19 sebelum ini dan kita yakin pengalaman itu mampu menangani masalah ini,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan empat daerah di Sabah akan dikenakan PKPDB secara pentadbiran berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam tadi sehingga sehingga 12 Oktober 2020 dan akan melibatkan seramai 962,661 orang penduduk.

Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Jururawat Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah Terima 10 Myvi Kurniaan Sultan Johor

Leave a Reply