LG dijangka lancar televisyen boleh gulung bulan depan [Video]

Share

SEOUL – LG Electronics Inc Korea Selatan dijangka melancarkan televisyen pertama yang boleh digulung pada bulan depan, memetik sumber pada Selasa.

Baru-baru ini LG membuka laman web khas untuk tempahan Signature OLED R untuk pelanggan utamanya, menurut sumber itu.

Harga televisyen model Signature OLED R itu dilaporkan lebih 100 juta won (AS$ 85,400).

TV LG dengan skrin 65 inci itu pertama kali dilancarkan di Consumer Electronics Show (CES) di Amerika Syarikat tahun lalu. – Bernama

Leave a Reply