Laporan khas tangani isu Felda sedia dibentang ke Kabinet

PUTRAJAYA – Laporan Pasukan Khas Menangani Isu Felda telah siap untuk dibentangkan kepada Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, ia disiapkan selepas beberapa sesi libat urus diadakan termasuk bersama pihak pengurusan Felda.

“Kita hampir ke penghujung… kita dalam proses untuk pergi kepada Kabinet dan membincangkan perkara itu dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perbincangan Meja Bulat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC)-Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pembasmian Kemiskinan dan Menangani Kerentanan dalam Normal Baharu di sini.

Laporan pasukan khas tersebut dibuat susulan pembentangan kertas putih Ke Arah Kelestarian Felda di Parlimen pada April tahun lepas.

Peralihan Kerajaan: Saya hampir masuk wad! – Hadi

Mustapa berkata, laporan itu telah dikemukakan oleh pengerusi pasukan khas berkenaan, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

“Pelbagai cadangan telah dibuat, tapi yang penting adalah untuk dua perkara iaitu menyelesaikan beberapa masalah jangka pendek khususnya aliran tunai yang dihadapi Felda serta memastikan ia menjadi sebuah organisasi yang lestari,” katanya.

Beliau berkata, bagi merealisasikan dua perkara tersebut, penting untuk meneliti model baharu Felda.

Pada Julai lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan penubuhan pasukan petugas khas bagi mencari kaedah terbaik untuk memastikan kemapanan kewangan dan kelestarian Felda.

-Bernama

Felda Akan Rugi Jika Berterusan Jadi Mangsa Dendam Politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker