Covid-19 : 101 kes baru hari ini

Sebanyak 101 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini sementara 50 lagi pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu 97 adalah penularan tempatan dan 4 kes import.

Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal 134 orang.

Sementara itu, 13 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 5 memerlukan alat bantuan pernafasan.



Setakat ini, Malaysia merekodkan 11,135 kes Covid-19 dengan 9,939 daripadanya sembuh.

Terkini #COVID19Malaysia 29 Sept 2020
Kes sembuh=50
Jumlah kes sembuh= 9,939 kes
Kes positif= 101
(kes import=4, kes tempatan=97)
Jumlah positif= 11,135 kes
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 134
Kes dirawat di ICU=13 kes

Bantuan Alat Pernafasan=5 kes.



#COVID19 Sebanyak 17 kes tempatan hari ini mempunyai sejarah perjalanan ke negeri berisiko tinggi (Sabah).

1. Selangor – 9
2. KL – 1
3. Kelantan – 1
4. Kedah – 1
5. Melaka – 1
6. Perak – 1
7. P. Pinang -1
8. Perlis -1
9. Putrajaya -1

#COVID19 Kluster yang melaporkan kes baharu hari ini, 29 Sept:

1. Bangau-Bangau, Sabah (51)
2. Benteng LD, Sabah (2)
3. Kuarters, Sabah (2)
4. Jalan Apas, Selangor (1)



#COVID19 Empat kluster baharu hari ini, 29 Sept 2020.

1. Jalan Bomba, Sandakan (3 kes)
2. Jalan Utara, Sandakan (2 kes)
3. Benteng PK, Selangor (1 kes)
4. Bakawali, Johor (2 kes)

Berita lanjut menyusul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker