Wanita pengsan dirogol 5 lelaki

Lima lelaki di sebuah kampung di Sumatera Utara layak digelar manusia bertopengkan syaitan apabila tergamak merogol seorang wanita yang ditemui pengsan di kawasan berhampiran sungai.

Akibat perbuatan mereka, wanita berkenaan yang berusia 26 tahun meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk pada batu.

Portal Kompas melaporkan sebelum kejadian, wanita berkenaan mengalami tekanan perasaan dan pergi ke sungai itu.

Difahamkan, dia berdepan dengan masalah keluarga.

Bagaimanapun, ketika tiba di sungai itu, wanita itu dikatakan pengsan.

Tidak lama kemudian, lima lelaki menemui wanita terbabit yang ketika itu tidak berpakaian dengan sempurna.

Namun, lelaki terbabit bukannya membantu mangsa, sebaliknya bertindak merogolnya.

Menurut polis, selepas memperkosa mangsa, lelaki terbabit cuba meletakkan wanita itu di atas batu.

Bagaimanapun, kepala mangsa dipercayai terkena pada batu berkenaan.

Mereka yang panik kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian ditemui oleh penduduk kampung di kawasan itu, pada 17 Ogos lalu.

Bagaimanapun, polis yang curiga selepas mendapati terdapat kesan kecederaan pada kepala.

Selain itu, mangsa dipercayai menjadi mangsa serangan seksual.

Susulan kejadian, polis melakukan siasatan sehingga membawa kepada penahanan tiga suspek yang berusia antara 23 dan 43 tahun.

Polis juga masih memburu dua lagi suspek yang terbabit dengan kejadian berkenaan. HM

ANAK SETAN: Merogol ibu kandung dijel 17 tahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker