Teka-teki ketua menteri Sabah terjawab esok, angkat sumpah 10.30 pagi

Persoalan siapakah yang akan menjadi ketua menteri Sabah dijangka terjawab esok.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Penerangan Sabah, majlis angkat sumpah jawatan dijadualkan berlangsung di Istana Negeri pada jam 10.30 pagi.

Selepas pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu, Hajiji Noor dan Bung Mokhtar Radin masing-masing menjadi calon ketua menteri untuk Perikatan Nasional (PN) serta Barisan Nasional (BN).

Hajiji adalah pengerusi PN Sabah, manakala Bung merupakan pengerusi BN dan 2 pemimpin itu menghadap Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, semalam.

Berikutan PRN baru-baru ini, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada PN, BN dan PBS memenangi 38 kerusi, sekali gus mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, Warisan Plus memenangi 32 kerusi, manakala 3 lagi dimenangi calon bebas.

Bagaimanapun malam tadi, timbul spekulasi mengatakan sebuah parti dalam PN bakal bergabung dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan.

Sumber mengatakan beberapa pemimpin parti berkenaan dan Warisan Plus berkumpul di rumah presiden Warisan, Shafie Apdal, semalam.

Setakat ini, FMT masih berusaha untuk mendapatkan maklumat sah sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya. FMT

TYT pilih Bung Moktar jadi Ketua Menteri tetapi PN bantah?

Zahid: Sukar bagi BN beri jawatan ketua menteri Sabah pada Bersatu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker