Suspek tembak jatuh pesawat MH17 nafi sebarang penglibatan

THE HAGUE: Satu daripada empat suspek yang kini didakwa berkenaan kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh, menafikan sebarang penglibatan sama ada melepaskan mahupun membekalkan peluru berpandu hingga menyebabkan kemusnahan, lapor Reuters.

MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari sebuah wilayah yang dikuasai pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine, ujar pasukan penyiasat antarabangsa. Kesemua 298 orang dalam pesawat itu terbunuh.

Salah seorang defendan, Oleg Pulatov, telah mengarahkan seorang peguam untuk membelanya. Di bawah undang-undang Belanda, perbicaraan Pulatov tidak boleh disenaraikan sebagai tidak hadir kerana dia telah dipilih untuk diwakili peguam.

Pada masa sama, Ten Doesschate menambah bahawa Pulatov tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan meragui pendakwaan bahawa MH17 telah dibedil peluru berpandu BUK buatan Rusia.

“Anak guam kami tidak tahu apa yang berlaku. Apa yang dia tahu ialah dia tidak melihat sebarang peluru berpandu BUK,” kata Ten Doesschate.

Dia menambahkan bahawa anak guamnya akan bersedia memberi keterangan dalam kes tersebut tetapi persetujuan itu harus dicapai tentang bagaimana hal itu dapat dilakukan.

Pulatov, yang tinggal di Rusia, menjadi subjek waran tangkap antarabangsa. Perbicaraan pada Isnin masih dalam proses dan tarikh untuk memulakan kes berdasarkan meritnya masih belum ditetapkan-Awani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker