Saringan Covid-19 di KLIA, KLIA2 sesak [Video]

Share

KUALA LUMPUR – Jumlah petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan peralatan saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 akan ditambah bagi

mengurangkan kesesakan proses saringan terhadap individu yang tiba dari Sabah.

KKM menerusi Twitter memaklumkan susulan terdapat aduan kesesakan proses saringan Covid-19, Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk

menambah bilangan petugas dan peralatan bagi melancarkan proses saringan.

“Masalah kesesakan akan diselesaikan segera dengan penambahan peralatan dan petugas,” katanya.

Terdahulu, Dr Adham bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meninjau proses saringan Covid-19 yang dilakukan kakitangan KKM di KLIA dan KLIA2, awal pagi tadi.

Sementara itu, Malaysia Airports menerusi kenyataan di Twitter, merakamkan penghargaan kepada Dr Adham dan Dr Noor Hisham terhadap dedikasi dan komitmen mereka bagi memastikan

semua langkah keselamatan dan prosedur ujian berjalan lancar.

Pada Sabtu, Dr Noor Hisham berkata, bermula semalam hingga 10 Oktober, individu yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani saringan Covid-19 serta diarahkan menjalani perintah

pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). – Bernama

Leave a Reply