Ronaldo akhirnya atasi Messi

 

 

London: Siapakah antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang layak dinobatkan selaku pemain terbaik sepanjang zaman?



Persoalan itu sukar untuk dijawab sehingga kini namun jawapan paling hampir adalah dua bintang itu adalah dua pemain terbaik sepanjang zaman.

Berbanding menghargai kualiti yang ada pada kedua-dua pemain itu, peminat sering membuat perbandingan dan mahukan jawapan siapakah pemain terbaik sepanjang zaman.

Bagaimana untuk menentukan siapakah antara mereka berdua paling terbaik? Adakah menerusi jumlah trofi yang dimenangi, gol yang dijaringkan atau berapa kali memenangi Anugerah Ballon d’Or?

Namun jika mahu menentukan siapakah lebih popular dan paling dikagumi, Ronaldo adalah pemenangnya.



Menerusi satu kajian yang dilakukan oleh YouGov berhubung senarai individu yang paling dikagumi di dunia, Ronaldo menduduki ranking lebih baik berbanding Messi.

Ronaldo pemain pertama Eropah jaring 100 gol

 



 

Ronaldo adalah ahli sukan paling dikagumi dengan menduduki tempat keenam di dunia manakala Messi sekadar di kedudukan ke-11.

Legenda bola keranjang, Michael Jordan menduduki tempat ke-13 diikuti bintang kriket, Virat Kohli di ranking ke-16.

Menerusi senarai terbaharu 20 individu yang paling dikagumi di dunia, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menduduki ranking pertama mengatasi jutawan, Bill Gates di tempat kedua.



Pelakon popular Hong Kong dan Hollywood, Jackie Chan menduduki tempat kelima mengatasi Ronaldo.

Ronaldo sah beli Bugatti RM47.4j

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker