Perlantikan Ketua Menteri Sabah: Ini Kenyataan Media Pengerusi Barisan Nasional

1. Sejak dari awal saya tegaskan bahawa jawatan Ketua Menteri Sabah seharusnya diserahkan kepada UMNO sebagai parti individu yang memenangi jumlah kerusi DUN terbesar dalam Gabungan Rakyat Sabah (UMNO 14, PPBM 11, STAR 6, PBS 7).

2. Saya dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, YB Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah rundingan dibuat di kalangan ADUN-ADUN GRS yang menang, akhirnya bersepakat untuk mencalonkan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor, demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan setelah diabaikan Kerajaan Warisan sebelum ini.

3. Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama.

4. Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Akujanji GRS.

AHMAD ZAHID HAMIDI PENGERUSI BN/PRESIDEN UMNO
28 SEPTEMBER 2020

 

BN berkorban, Hajiji Ketua Menteri Sabah yang baharu, angkat sumpah 10.30 esok

 

Kenyataan media Bung Moktar berikutan pelantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker