PBS dan Star tetap kukuh bersama GRS

KOTA KINABALU – Hampir kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) yang dikaitkan menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi membentuk kerajaan baharu didakwa hanya satu spekulasi.

Ini terbukti apabila hampir semua ADUN PBS dan Star termasuk calon Bebas dilihat berkumpul di salah sebuah hotel terkemuka sejak pagi tadi.

Turut berada di lokasi sama ialah ADUN daripada Perikatan Nasional (PN) dan dijangka beberapa ADUN rakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga akan tiba di situ.

Difahamkan, ADUN terbabit berkumpul sebagai persediaan bergerak ke Istana Negeri selain menandatangani dokumen berkaitan.

Semalam timbul desas desus kononnya ADUN PBS dan Star beralih angin ke kem Warisan bagi membentuk sebuah kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ditawarkan wang dan jawatan, PBS dakwa dihubungi lawan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker