KM Sabah : Bersatu perlu hormati persefahaman asal BN-PN

Hormati Persefahaman Asal BN-PN

1. Tahniah diucapkan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana telah berjaya menumbangkan Kerajaan Parti Warisan.

2. Namun begitu kemelut pemilihan Ketua Menteri Sabah masih belum selesai.

3. Ia tidak sepatutnya berpanjangan kerana Sabah memerlukan sebuah kerajaan untuk menguruskan pentadbiran negeri dan sepatutnya ia perlu lebih baik daripada Kerajaan Parti Warisan.

4. Ketika ini negeri Sabah sedang berada di dalam keadaan yang tidak baik.

5. Selama dua tahun di bawah pemerintahan Kerajaan Warisan keadaan ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat terhenti.

6. Ditambah pula dengan gelombang terbaru COVID19 yang melanda negeri Sabah, rakyat memerlukan tindakan eksekutif segera daripada kerajaan.

7. Terlalu banyak perkara yang perlu dilihat semula, dirancang dan perlu dilaksanakan dengan segera untuk menyelamatkan negeri Sabah.

8. Saya memohon agar kepimpinan parti bersekutu GRS agar menilai semula kesefahaman yang telah dipersetujui sebelum ini iaitu agar BN diberi ruang untuk menamakan Ketua Menteri.

9. Alasan parti yang mempunyai majoriti kerusi tertinggi tidak terpakai kerana di peringkat Persekutuan, BN mempunyai kerusi parlimen majoriti tetapi Perdana Menteri dipilih daripada PPBM.

10. BN juga telah berbesar hati untuk menyerahkan hak kerusi-kerusi DUN yang telah dimenangi semasa pilihanraya yang lepas kepada ADUN yang melompat menyertai PPBM selepas Kerajaan PH terbentuk.

11. Perlu diingatkan juga bahawa jentera pilihanraya negeri juga kebanyakkannya disokong oleh jentera BN sendiri.

12. Terdapat beberapa lagi perkara yang pada hemat saya usah diungkit dan diselak untuk mengelakkan keadaan menjadi semakin keruh.

13. Hormatilah persefahaman asal dan jadikan ia sebagai pengajaran menuju ke Pilihanraya Umum Ke-15 kelak.

14. Rakyat dan negeri Sabah memerlukan kerajaan yang telah mereka pilih.

Aziz Kaprawi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker