Keputusan PRN Sabah mesej jelas rakyat Sabah

SHAH ALAM – Pola pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu lalu memberi mesej jelas kepada politik negara bahawa rakyat di negeri itu amat memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan negeri.

Penganalisis politik dan media sosial daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy sehubungan itu berkata, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

“Hampir 80 peratus rakyat di negeri Sabah tinggal di kawasan luar bandar dan memerlukan bantuan daripada kerajaan Persekutuan dari segi pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air, jalur lebar selain pendidikan dan pertanian.

“Rakyat percaya dengan kemenangan GRS, ia memberi satu keyakinan bahawa pembangunan tersebut dapat terus dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sara berkata, sentimen kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini juga meraih satu populariti undi dan kepercayaan rakyat Sabah terhadap GRS.

“Kita lihat poster Tan Sri Muhyiddin diletakkan di kawasan kempen walaupun beliau tidak bertanding,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyarankan wakil rakyat yang telah dipilih rakyat pada PRN Sabah itu supaya mempertingkatkan mekanisme penyampaian maklumat agar rakyat mengetahui kemajuan satu-satu pembangunan di kawasan masing-masing.

BN berkorban, Hajiji Ketua Menteri Sabah yang baharu, angkat sumpah 10.30 esok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker