Keluar PPBM masuk semula Umno untuk selesai isu KM Sabah, kata Shahrir

Shahrir Samad menggesa bekas ahli parti di Sabah supaya keluar PPBM dan menyertai semula Umno.

Dalam catatan di Facebook, beliau berkata, ia adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah mengenai siapakah yang akan menjadi ketua menteri Sabah susulan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Katanya, PPBM tidak ada kaitan dengan keperluan politik di Sabah dan kewujudannya di negeri adalah sebahagian “permainan politik elit politik Semenanjung.”

“Haruslah pemimpin PPBM Sabah menyedari dan mengaku bahawa mereka akan lebih menghasilkan perpaduan dan kestabilan politik Sabah dengan meninggalkan PPBM dan kembali semula kepada Umno.

“Mengapa hendak menari kepada rentak pemimpin PPBM di Semenanjung?” katanya.

Shahrir, yang juga bekas ahli Parlimen Johor Bahr berkata, apabila Adun PPBM kembali kepada Umno, mereka akan membentuk parti tunggal terbesar berbanding Warisan.

“Setiap perjuangan perlu kepada pengorbanan,” katanya.

Kedua-dua Hajiji Noor dari Perikatan Nasional dan Bung Moktar Radin dari Barisan Nasional merupakan calon bagi jawatan ketua menteri.

Gabungan terbabit adalah sebahagian daripada GRS bersama-sama PBS.

Dalam pilihan raya Sabtu lalu, GRS memenangi 38 kerusi, melebihi angka 37 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Tiga calon Bebas dilaporkan menyuarakan sokongan mereka kepada GRS.

Semalam, Hajiji dan Bung bertemu dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin, dan beliau dilaporkan meminta lebih banyak masa untuk membuat keputusan berhubung pelantikan ketua menteri. FMT

https://mykmu.net/2017/01/23/bila-muhyiddin-berbicara-silamenunggul/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker