Jom Try 13 Jenis Kopi Dari Seluruh Negeri Malaysia Di Kafe Cantik Melaka Ini

Share

Kepada peminat-peminat kopi di luar sana? Jom coffee-hunt.

Calathe Art Cafe di Melaka ini menawarkan kopi daripada 13 negeri. Setiap kopi yang disajikan mempunyai rasa enak dan unik yang tersendiri.

Kafe yang berkonsepkan nature dan antik juga menghidangkan pelbagai menu lazat!

Hantu kopi sekalian, pening nak pilih kopi negeri mana?

Emm, macam sama je semua? Baca ni untuk ketahui kelainan dan keunikan setiap kopi.

Johor : Biji kopi Liberica yang dipanggang tanpa gula.

Kedah: Biji kopi Robusta yang dipanggang sederhana.

Kelantan: Biji kopi Robusta tradisional yang menggunakan kayu.

Melaka: Mengandungi 70% biji kopi, 30% gula, garam dan marjerin.

Negeri Sembilan: Menggunakan biji kopi Liberica dan Robusta yang terbaik dengan teknik panggangan tradisional.

Pahang: Menggunakan 100% biji kopi Robusta daripada Indonesia dengan teknik house roasting.

Penang: Biji kopi Robusta hitam.

Perak: White coffee moden dengan resepi special.

Perlis: Gabungan 5 herba untuk memberi kekuatan dan kesegaran.

Sabah: Mengandungi 76% biji kopi, 24% marjerin, garam dan gula.

Sarawak: Mengandungi 50% biji kopi Robusta, 50% gula, marjerin dan gandum.

Selangor: Mengadungi 100% biji kopi Arabica, campur dengan marjerin dan gula dengan menggunakan teknik panggangan tradisional.

Terengganu: Mengandungi 30% biji kopi Arabica dan 70% kopi lokal dengan teknik panggangan tradisional.

Banyak kan menu kopi, haaa pening nak pilih mana kan?

Kopi pelbagai variasi ini dihidangkan panas dan sejuk. Ayuh ngopi dulu!

Jom check out signature menu kafe ini


Nasi coffee butter chicken ini unik, dengan kuah yang berperisa kopi. Emm, penggemar kopi, go!

Kepada yang tak minat kopi, kafe ini juga menghidangkan nasi creamy curry butter chicken untuk anda.

Ok yang ini wajib cuba. Rasa kuah yang creamy dan pedas-pedas, Calanthe curry laksa!

Tunggu apa lagi, jom ajak kawan-kawan and coffee hunting! Says

Alamat:
11, Jalan Hang Kasturi,
75200, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.

Cipta Keunikan Jual Kopi Belakang Kereta, ‘Kedai’ Di Johor Bahru Ini Curi Perhatian Netizen

Antara Editor Maya dan Peniaga Kedai Kopi Maya

Leave a Reply