Dah mabuk pukul orang pula

Kajang: Seorang lelaki warga Nigeria yang dipercayai mabuk ditahan pihak berkuasa selepas memukul pemilik kedai makan di Bandar Mahkota Cheras, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, suspek juga dilapor memukul seorang pemandu lori selain merosakkan barang di dalam kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita yang juga pemilik kedai makan berkenaan pada 4.02 petang.

“Susulan itu, pasukan kereta peronda polis (MPV) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi polis kemudian membuat tangkapan terhadap lelaki berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, pihaknya masih menyiasat punca suspek bertindak demikian dan merosakkan barang di kedai itu.

“Orang ramai yang tahu berhubung kejadian diminta tampil atau menghubungi Balai Polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Salena di talian 017-6424007 untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan dan perbuatan khianat,” katanya.-HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker