Bos AirAsia, MRCB berentap main skuasy untuk bantu golongan kurang mampu

Pandemik COVID-19 memberi pelbagai kesan kepada masyarakat malah ada yang saban hari terpaksa catu makanan bahkan ada tidak cukup makan angkara virus tersebut.

Menyedari kesukaran dihadapi masyarakat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan tokoh hartanah dari MRCB, Tan Sri Salim Fateh Din bekerjasama mengumpul dana untuk lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang banyak membantu komuniti selama ini.

Kedua-dua tokoh perniagaan itu bakal berentap dalam permainan skuasy dinamakan “The Battle of The Bulge” pada jam 4 petang, 18 Oktober ini di Nicole David Arena, Bukit Jalil.

Astro Arena akan menyiarkan perlawanan amal itu secara langsung sebagai tanda menyokong usaha murni itu.

Penganjur berharap perlawanan itu dapat mengumpul dana mencukupi dari sektor korporat dalam menyediakan sekurang-kurangnya 150,000 makanan untuk 1,000 keluarga selama enam bulan sehingga ekonomi pulih.

Sumbangan itu akan diserahkan kepada lima NGO iaitu PERTIWI Soup Kitchen, Kechara Soup Kitchen, Good Shepherd Services, Yayasan Chow Kit dan Malaysian Relief Agency.
NGO-NGO berkenaan selama ini banyak membantu komuniti kurang berkemampuan dan mereka juga terkejut melihat kesan COVID-19 kepada rakyat Malaysia.

Kes COVID-19 di Malaysia terus merekodkan tiga angka selepas 115 kes dicatatkan setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan kes direkodkan pada Isnin, 112 daripadanya merupakan kes penularan tempatan melibatkan 98 warganegara.

Jumlah pesakit pulih dan dibenarkan discaj pula adalah 52 kes dan tiada kematian direkodkan pada hari ini. Awani

AirAsia Berhad bakal buang ratusan pekerja lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker