Shafie tetap calon Perdana Menteri Pilihan walaupun Warisan Plus tewas – Mahathir

Share

 

Presiden Warisan Shafie Apdal masih calon perdana menteri bagi pembangkang, kata Dr Mahathir Mohamad susulan kekalahan Warisan Plus dalam PRN Sabah semalam.

Bekas penyandang menteri itu berkata demikian ketika ditanya jika Shafie masih relevan sebagai calon perdana menteri susulan perkembangan terbaru itu.

“Dia masih (salah) satu dari calon,” kata pengerusi penaja Pejuang di Langkawi, seperti dipetik laporan The Malaysian Insight.

Video kenyataan itu dimuat naik portal tersebut di Youtube.

SAH! GRS angkat Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah

Diminta mengulas berkenaan perkara itu, Mahathir meluahkan rasa kecewa kerana dia berharap pengundi di Sabah akan menolak Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya.

Bagaimanapun, anggota parlimen Langkawi itu tetap mengucapkan tahniah kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan berharap keputusan itu akan membawa ke arah kestabilan negeri itu.

“Saya ucap tahniah pada mereka yang menang (PRN Sabah). Saya harap dengan ini keadaan di Sabah akan jadi lebih stabil dan tiada lagi percubaan untuk rampas kerajaan,” katanya.

Mahathir merujuk percubaan rampasan kuasa oleh bekas ketua menteri Sabah Musa Aman pada Julai lalu, dengan menarik sokongan beberapa Adun penyokong kerajaan untuk menolak Shafie.

Rancangan itu gagal selepas Shafie dengan segera mencadangkan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan, justeru membawa kepada PRN.

Keputusan PRN semalam bagaimanapun tidak menyebelahi Warisan Plus yang hanya meraih 32 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

GRS yang merangkumi BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) mendapat 38 kerusi, manakala tiga kerusi diraih calon bebas.

“(Sudah tentu) saya kecewa,” kata Mahathir ketika ditanya jika dia kecewa dengan keputusan itu.

“Saya harap rakyat Sabah tolak orang yang menggunakan cara tidak betul untuk ambil alih kerajaan.

“Mereka dengan sengaja runtuhkan kerajaan dengan membayar Adun untuk lompat (tinggalkan parti).

“Kalau ini jadi satu amalan di Malaysia, tamatlah demokrasi kerana mereka yang ada duit boleh beli mana-mana kerajaan,” katanya lagi.

Perlantikan Ketua Menteri: TYT belum perkenan? Tiada angkat sumpah hari ini?

Leave a Reply