Salleh Said Keruak catat majoriti terbesar di kalangan calon BN yang menang

Share

Oleh Akmar Hisham Mokhles

Tiada siapa menyangka Salleh Said Keruak calon BN yang banyak menerima kecaman sewaktu namanya tersenarai tempohari mampu mencatatkan kemenangan dengan majoriti 4298 undi.

Ketika hari pertama masuk ke gelanggang PRN Sabah 2020, tidak dinafikan ramai di kalangan penyokong Barisan Nasional (BN) sendiri yang mencebik mulutnya apabila mengetahui Salleh terpilih.

Maklumlah ada antara penyokong BN yang masih marah dengan tindakannya meninggalkan parti di saat BN baru saja kehilangan Kerajaan Pusat.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana beliau boleh mencatatkan kemenangan dengan begitu bergaya sekali sedangkan BN kalah di separuh kerusi yang ia bertanding.

Selama 16 hari berada di Sabah dan 14 hari berada di Kota Belud mengikuti kempen Salleh di kerusi DUN Usukan, banyak yang saya dapat saksikan mengenai seni politik beliau.

Malam ini, maaf saya tak dapat nak kongsikannya lagi. Mungkin esok boleh.

Jadi esok sajalah kita sambung cerita tentang Salleh ini. 😁

Semalam #radutatapradu
Malam ini #beradutatapberadu

PRN Sabah: Salleh Said Keruak buat kemunculan semula

Leave a Reply