Perut buncit berisiko mati muda

Share

LEMAK di bahagian perut yang berlebihan dikaitkan dengan risiko kematian pada usia muda yang lebih tinggi tanpa mengira berat lemak badan yang dimiliki seseorang individu.

Itu dapatan satu kajian terbaharu yang diterbitkan British Medical Journal (BMJ), minggu lalu.

Bagi wanita, setiap kenaikan lemak perut sebanyak 10 sentimeter meningkatkan risiko kematian sebanyak 8 peratus.

Manakala bagi kaum lelaki pula, setiap kenaikan lilitan pinggang sebanyak 10 sentimeter meningkatkan risiko kematian sebanyak 12 peratus.

Sementara itu, pinggul dan paha yang lebih besar pula dikaitkan dengan risiko kematian awal yang lebih rendah.

Ini mungkin disebabkan lemak di kawasan tersebut memberi kesan terhadap menstabilkan kadar kolesterol dan gula dalam darah.

Dapatan tersebut dibuat hasil analisis 72 kajian yang melibatkan lebih daripada 2.5 juta peserta berusia antara 3 hingga 24 tahun.

Kajian meneroka pelbagai ukuran berat badan di bahagian tengah badan dianggap sebagai faktor risiko signifikan untuk ketahanan metabolik yang merupakan penyebab diabetes, penyakit jantung dan banyak lagi.

Lemak di perut yang terlalu banyak akan membawa kepada pengumpulan jenis lemak atau dipanggil lemak viseral di sekitar pelbagai organ dalaman seperti hati, pankreas dan usus.

Lemak viseral disebut lemak aktif kerana mempengaruhi fungsi hormon dengan mengeluarkan protein yang membawa kepada peningkatan daya tahan terhadap insulin.

Ia juga dikenal pasti menjadi punca banyak penyakit berbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol berlebihan, penyakit jantung, barah dan Alzheimer. Awani

PKP – Trend obesiti di Malaysia menggerunkan.

Leave a Reply