Perlantikan Ketua Menteri: TYT belum perkenan? Tiada angkat sumpah hari ini?

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu tidak akan diadakan hari ini.
Istana Negeri akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut hari ini.
Maklumat tersebut diperoleh selepas kenderaan yang membawa Peguam Negeri Sabah memasuki perkarangan istana.
Sebelum ini Hajiji dijangkakan akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun, Juhar Mahiruddin di Istana Negeri jam 2 petang ini.Sebelum ini, timbul beberapa pertikaian menamakan calon Ketua Menteri apabila, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menamakan Hajiji namun, Pengerusi Barisan Nasional (BN),

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertegas mahu wakil rakyat BN diangkat mengemudi Sabah.

GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), BN, dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memperoleh majoriti mudah dalam pilihan raya semalam setelah memperoleh 38 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

Berita Lanjut menyusul..



Shafie umum Warisan paling banyak kerusi dan cuba memohon menghadap TYT Sabah

SAH! GRS angkat Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker