Pengawal keselamatan pun nak samun…

SUBANG JAYA: Dua pengawal keselamatan warga Nepal hampir cedera dilibas dengan parang dalam kejadian samun di sebuah kawasan perumahan di Sri Hartamas di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi Jumaat.

“Dua pengawal keselamatan warga Nepal yang berada di pondok pengawal didatangi dua suspek yang menaiki motosikal.

“Kejadian berlaku apabila pengawal keselamatan meminta suspek mendaftarkan butiran diri kerana ingin masuk ke dalam kawasan perumahan terbabit.

Mengulas lanjut, Amihizam berkata kedua pengawal keselamatan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Polis telah mengenal pasti kedua-dua suspek dalam kes ini dan sedang giat memburu mereka,” ujar beliau- Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker