Pemimpin perlu rekonsiliasi, ketepi ideologi politik, selamatkan Sabah, kata Najib

Najib Razak hari ini mengingatkan pemimpin di Sabah supaya mengambil sikap rekonsiliasi, mengetepikan perbezaan ideologi politik demi membangunkan dan membantu rakyat negeri itu.

Najib berkata, rakyat Sabah sudah memberi kepercayaan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mentadbir negeri berkenaan dan sewajarnya peralihan pentadbiran negeri tidak sepatutnya ditangguhkan atau dilengahkan lagi.

“Tempoh berbalah, bercakap, berucap, berceramah sudah berakhir. Tiba masanya kita mentadbir, sekarang ini kita memerintah. Ini bukan masanya bersorakan kerana kerja kita sudah bermula. Rekonsiliasi! Tidak kira ideologi politik, kawan atau lawan.

“Sabah kini dalam keadaan tidak baik. Berturut-turut 2 tahun ekonomi dan pembangunan Sabah terhenti. Pendapatan rakyat jatuh, rakyat hilang kerja, graduan tiada kerja baru. Pertumbuhan hampir sifar, kebajikan dan bantuan tiada, kehidupan rakyat amat susah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, banyak perkara perlu dilihat semula dan dirancang serta perlu dilaksanakan. Baginya, tindakan segera perlu dilakukan untuk menyelamatkan Sabah, memandangkan kerajaan baharu yang bakal dibentuk juga tidak mempunyai banyak masa.

“Masa tidak menunggu kita. Rakyat dan negeri Sabah perlukan kita sekarang,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Mokhtar Radin berkata, Yang di-Pertua Neheri Juhar Mahiruddin meminta tempoh untuk menentukan calon ketua menteri.

Bagaimanapun, beliau yang juga ketua Umno negeri berkata keputusan dijangka dicapai dalam masa terdekat.

Pada pilihan raya negeri semalam, GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS menang 38 daripada 73 kerusi dipertandingkan sekali gus berjaya menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Warisan Plus pula memenangi 32 kerusi, manakala bakinya dikuasai calon bebas. FMT

Shafie tak wajar salahkan Tun Razak, Ghaffar Baba atas kegagalan sendiri – Rahman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker