Nak minta Umno merendah diri sampai kena makan rumput?

Share

Oleh Ahmad Jazlan Yaakub

Nak minta umno merendah diri sampai kena makan rumput?

Dari mana datangnya pemimpin-pemimpin yang ada hari ni kalau bukan dari kilang Umno.

Melayu yang ada hari ni datang dari perjuangan Umno. Bila tinggalkan Umno, maka Umno yg mereka hamun.

Siapa sebenarnya lupa diri?

Bila Umno kalah semua cari tempat selamat.

Umno salah atau mereka ni yang sebenarnya lupa diri.

Tak cukupkah lagi nak salahkan baki pemimpin Umno yang masih setia pada parti?

Siapa sebenarnya yang mengutamakan kepentingan diri?

Yang masih kekal dalamm Umno atau yang melompat?

Dari mana asalnya Mereka semua?

Sedarlah kalau nak kata kepada pemimpin Umno tolehlah pada hari semalam.

Kami semua sanggup menghadapi saat sukar dengan penuh SABAR demi agama bangsa yang tak pernah kami gadaikan.

Cuba sebut di sini parti manakah yg tak pernah bersekongkol dgn DAP?

Kalau kami yang masih berbaki ini berhenti dan berdiam diri apa akan jadi?

Cukuplah kami diHINA oleh puak yang berperangai macam SI KITOL tapi janganlah oleh bangsa kami yang sayangkan agama bangsa dan negara.

Mahathir minta UMNO dibubarkan – Zahid

Leave a Reply