Legenda badminton Indonesia, Rudy Hartono diserang strok

DUNIA badminton Indonesia pada Sabtu dikejutkan dengan berita juara lapan kali All England, Rudy Hartono dilaporkan menghidap penyakit strok.

Legenda berusia 71 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Siloam, Pondok Indah.

Bagaimanapun, maklumat lanjut berkaitan keadaannya masih belum diperolehi dan setakat ini difahamkan dia terjatuh ketika sedang bersiar-siar pada pagi Sabtu.

Sementara itu, Antara melaporkan adik iparnya, Imelda Wiguna memaklumkan media Indonesia bahawa keadaan tokoh sukan itu sudahpun kembali stabil.

“Rudy kini lebih baik dan sudah menjalani ujian Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

“Dia lebih baik sekarang. Seluruh keluarga badminton di seluruh dunia dan penyokong di Indonesia mengambil berat kepada Rudy,” kata Imelda.

Hartono merangkul gelaran All England pertamanya pada usia sangat muda, ketika berusia 18 tahun dengan menundukkan pemain Malaysia, Tan Aik Huang pada 1968.

Dia turut menjadi ahli pasukan Piala Thomas 1967, 1970, 1973, 1976, 1979 dan 1982 serta juara dunia 1980.

Rudy turut terbabit dengan Persatuan Badminton Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dan memegang beberapa jawatan seperti Pengerusi Hal Ehwal Pembangunan sehingga 2006 dan kini menjadi Lembaga Kehormat PBSI. Awani

Kecoh Chong Wei menghidap kanser hidung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker