Ditawarkan wang dan jawatan, PBS dakwa dihubungi lawan

KOTA KINABALU – Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa semua calonnya yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam telah dihubungi parti lawan untuk ‘beralih angin’ menyokong mereka, seterusnya meninggalkan rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Difahamkan, ia bagi mendapatkan sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan baharu yang sepatutnya dimiliki oleh GRS selepas memperoleh majoriti mudah sebanyak 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), selain memperoleh sokongan daripada tiga calon Bebas menjadikan kesemua 41 kerusi DUN.

PBS dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi mereka hari ini menyatakan bahawa pihak lawan sanggup menawarkan wang dan jawatan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili parti itu.



Shafie tak boleh dilantik Ketua Menteri baharu

“Dalam kemelut pelantikan calon Ketua Menteri yang belum diumumkan, propaganda politik mulai tersebar, khabar angin pengkhianatan mula bertiup dan PBS sekali lagi menjadi mangsa sasaran termasuk difitnah.

“Mainan politik kotor oleh parti lawan yang pada masa kempen kononnya mengamalkan nilai prinsip dan maruah, nilai kesatuan dan integriti, kini berubah wajah, berubah rupa.



“Mereka yang kononnya parti tempatan lebih baik dari parti Malaya tapi sebenarnya bertopengkan musang,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu juga, PBS bukan sebuah parti yang baru dibina, bukan parti murahan dan bukan parti tidak berwibawa.

“PBS terbentuk daripada rakyat, oleh rakyat dan bagi rakyat. PBS pernah dianiaya, difitnah dan dicaci, tapi PBS kekal berdiri untuk rakyat.

“PBS berpegang pada prinsip dan maruah. PBS akan kekal bersama GRS,” katanya.



Kalau KM Sabah bukan dari UMNO, elok bubar saja parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker