PrnSabah: Kemenangan besar perlu untuk jamin kestabilan

Menjelang pilihan raya negeri Sabah banyak telahan dibuat berhubung kesan insiden lompat parti ke atas keputusannya, dengan penganalisis politik berkata, parti politik yang bertanding perlu menang dengan perbezaan sehingga 45 kerusi bagi menjamin kemenangan meyakinkan.

Selepas pilihan raya umum ke-14, 5 kerusi Upko bertukar tangan untuk menamatkan pemerintahan 2 hari ketua menteri Musa Aman. Justeru kunci kerajaan beralih kepada Presiden Warisan Shafie Apdal.

Pada 13 Julai lepas, Adun Sabah membuat pusingan U dengan menyokong Musa, sekali gus menyebabkan Shafie menasihati Yang di-Pertua Negeri supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membuka jalan kepada pilihan raya.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah Lee Kuok Tiung memberitahu FMT bahawa beliau tidak menjangka akan berlakunya “tsunami” perubahan sokongan yang dilihat pada 2018 kali ini.

Katanya, kedua-dua gabungan politik yang bersaing perlu menyasarkan angka kemenangan lebih besar dalam menghadapi kemungkinan wakil rakyat melompat parti.

“Saya fikir angka minimumnya 45 (kerusi),” katanya.

“Sabah ada 73 kerusi, jadi parti perlukan 37 kerusi untuk mendapat majoriti mudah.

“Saya tidak fikir mana-mana gabungan akan mendapat majoriti 2/3, tak mungkin. Kali ini persaingan sangat sengit. Sangat sukar.”

Lee percaya, sehingga ke saat akhir sebelum pengundian semalam, kebanyakan kerusi masih di awang-awangan.

“Kita hanya pasti kerusi Semporna akan dimenangi oleh Warisan. Kerusi lain masih menjadi rebutan semua pihak yang bertanding.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya bersetuju bahawa margin kemenangan kali ini sangat tipis dan parti-parti memerlukan “perbezaan antara 5 hingga 10 kerusi” bagi menjamin kestabilan.


“Sejauh mana calon boleh memuaskan hati pengundi dan hubungan baik mereka dengan pengundi…adalah formula untuk menang dalam pilihan raya ini.”

Ketika ditanya parti mana yang berasa terancam dengan insiden lompat parti, Azman segera menjawab: “Warisan.”

Lee berkata, langkah Warisan menggunakan kempen “katak” dan “bohangjut” (dalam bahasa Kadazan) bukanlah langkah bijak memandangkan sejarah parti itu.

“Kita harus ingat jika bukan kerana semua “katak” ini, Warisan tidak mungkin membentuk kerajaan dan Shafie menjadi ketua menteri sebelum ini.”

Merujuk kepada acara barbeku katak yang dihadiri oleh calon dan penyokong Warisan baru-baru ini Lee berkata, “ia sangat kebudak-budakan dan mudah untuk makan tuan.” FMT

https://mykmu.net/2017/12/23/pilih-kerajaan-bawa-kestabilan-sedia-peluang-pekerjaan-ekonomi-salleh/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker