Pemain ternama sudah tidak pandang Manchester United

Bekas penyerang Manchester United, Andy Cole mengakui bahawa kelab tersebut pada ketika ini bergelut untuk membawa masuk barisan pemain berstatus bintang bagi memperkuatkan lagi skuad The Red Devils.

Ketika pasukan lain seperti Liverpool, Chelsea, Tottenham Hotspur dan Everton memperkuatkan pasukan bagi menghadapi musim baharu, United yang dibimbing Ole Gunnar Solkjaer hanya membawa masuk Donny Van De Beek.

Pembeliaan itu menimbulkan persoalan kerana United sudah pun memiliki himpunan pemain tengah berkualiti seperti Bruno Fernandes, Paul Pogba, Scott McTominay, Juan Mata, Fred dan Nemanja Matic.

Perkembangan terkini itu menyebabkan segelintir pihak mengatakan langkah yang diambil kelab gergasi England itu sebagai satu pembelian panik.

”Apabila Manchester United berada di zaman kegemilangan, begitu ramai antara pemain terbaik di dunia mahu beraksi untuk United, mereka mahu datang ke sini dengan satu impian iaitu mereka mempunyai peluang untuk memenangi kejuaraan dan itulah keadaannya.”

”Jadi apabila anda tidak lagi mempunyai peluang untuk memenangi liga, anda [pemain] tidak boleh mengatakan anda akan datang ke Manchester United sekiranya Liverpool dan Man City juga turut berminat.”

”Sebaliknya ia adalah berkaitan dengan anda pergi ke kelab yang mampu untuk memenangi kejuaraan,”

”Untuk mencuba rapatkan jurang dengan Liverpool dan Manchester City, mereka harus berhenti membeli pemain dan sebaliknya meningkatkan prestasi pemain sedia ada,” kata Cole seperti dipetik laporan Goal. MG

Messi setuju dibayar Manchester City RM1.89 juta sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker