Mengejutkan! Takut Hukuman Mati, Gali Lubang 30 Meter Lari Dari Penjara

Di Tangerang, Indonesia, seorang warganegara China yang merupakan penyeludup dadah berjaya melarikan diri melalui lubang bawah tanah di sel penjara. Memetik laporan inews.id, dia yang menanti hukuman mati itu menggali lubang sempit sedalam 30 meter yang dipercayai bersambung dengan pembetung sebelum polis mengesan ketiadaannya di dalam sel.

Dirancang 6 bulan awal

Banduan warganegara China yang bernama Cai Ji Fan itu dijatuhkan hukuman mati di atas kesalahan menyeludup sebanyak 110 kilogram dadah jenis methamphetamin. Menurut Ketua Polis Tangerang iaitu Sugeng Hariyanto melaporkan banduan China itu telah melarikan diri sebelum ini dan berjaya diberkas semula.



Banduan tersebut pernah terlepas dari sel di Jabatan Siasatan Jenayah Polis Nasional di Jakarta ketika dalam tempoh reman pada 2017. Cubaan kali pertama itu memperlihatkan suspek melarikan diri melalui lubang yang digali di bilik air menggunakan batang besi. Malangnya, suspek gagal memanjat dinding setinggi 2.5 meter dan diberkas pihak berkuasa.

Kali kedua melarikan diri

Menurut keterangan dari pegawai penjara, suspek pernah mengajak rakan sel untuk bekerjasama dan melibatkan diri dalam perancangan tersebut. Bagaimanapun, rakan tersebut enggan melibatkan diri dalam rancangan Cai Ji Fan.

Ini adalah kali kedua dia melarikan diri. Dari keterangan awal teman sel yang bersangkutan, bahawa dia sudah melakukan rancangan ini kurang lebih 5 hingga 6 bulan.



Pihak berkuasa menemui peralatan seperti besi umpil, pahat, pemutar skru dan alat lain yang digunakan untuk menggali lubang . Terdapat spekulasi bahawa suspek mendapatkan peralatan berkenaan ketika melakukan kerja pembinaan di dapur penjara.

 

9 warga asing lari dari pusat kuarantin, kata polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker