Kerjasama dengan Anwar? ‘Pejuwang’ takkan terhegeh-hegeh – Mukhriz

YAN – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak merancang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, mereka sama sekali tidak akan ‘terhegeh- hegeh’ menawarkan kerjasama dengan Anwar walaupun sehingga kini tidak pernah diajak untuk

berbincang mengenai perkara itu.

Mukhriz juga hairan dengan kenyataan Anwar yang mendakwa mempunyai bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk tujuan itu.

“Kami terdiri daripada Pejuang, Warisan, Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

setidak-tidaknya ada 18 orang.

“Mungkin jumlah 18 itu dianggap kecil dan Anwar sendiri menyebut bahawa kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak termasuk dalam jumlah sokongan yang beliau terima,” katanya ketika

ditemui selepas hadir sebagai ahli panel pada Majlis Memperingati Allahyarham bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak bersama anak Allahyarham, Ahmad Faiq Azizan di Dewan Anjung

Ikan Bakar di sini malam tadi.

Menurutnya, susulan itu Anwar diminta mengemukakan bukti jumlah sokongan ahli Parlimen yang dimilikinya bagi membentuk sebuah kerajaan baharu seperti didakwa.

“Bukti itu perlu disertakan dengan akuan sokongan oleh semua ahli Parlimen yang kononnya bersamanya untuk membentuk kerajaan.

“Ini kerana ketika ini tersebar nama-nama ahli Parlimen dari UMNO yang dikatakan akan bersama Anwar tetapi seorang demi seorang sudah menafikannya. Ia menimbulkan banyak persoalan,” katanya.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker