Keputusan PRN Sabah: Kapal Shafie Karam! GRS (BN,PN,PBS) Sah Tubuh Kerajaan

 

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan kerjasama Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya merampas Sabah daripada Warisan.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi Malaysiakini setakat ini, gabungan itu sehingga kini telah berjaya memenangi sekurang-kurangnya 37 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diterima sebentar tadi, setakat jam 8:40 malam Warisan hanya berjaya memperolehi 15 kerusi sahaja manakala lain-lain parti berjaya memperolehi 4 kerusi.

Menurut sumber parti USNO, pimpinan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan calon bebas telah menyatakan sokongan untuk menyokong GRS bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

Untuk rekod mana-mana gabungan parti politik yang berjaya memperolehi 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada kali ini menyaksikan 73 kerusi DUN dipertandingkan.

Berita lanjut menyusul

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker