Isteri, 20 kakitangan Gabenor Bali positif COVID-19

Share

BALI: Seramai 20 kakitangan di kediaman rasmi Gabenor Bali, I Wayan Koster disahkan positif COVID-19.

Ketika Koster serius mengajak seluruh masyarakat di pulau peranginan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19, kediaman rasminya pula kini menjadi kluster baharu.

Menurut Koster, empat pembantu peribadinya, pelayan hingga tukang kebun antara yang dijangkiti.

“Lebih 20 orang sudah disahkan positif COVID-19 termasuk empat pembantu peribadi saya. Dua daripada mereka sudah pulih, selebihnya sedang menjalani kuarantin,” kata Koster.

Suastini mengumumkan perkara itu melalui video berdurasi 13 minit yang tular di media sosial.

Koster berkata, apa yang mendukacita ialah ketika kerajaan berusaha menangani penularan COVID-19 termasuk menyarankan rakyat mematui SOP, penyebaran itu masih juga berlaku.

Paling sulit kepada pemimpin sepertinya, tegas Koster, adalah untuk mengelakkan diri daripada dikerumuni ramai.

“Memakai pelitup muka, menjaga jarak dan cuci tangan dengan bersih mungkin hal yang mudah untuk dilakukan, namun berkerumun paling susah dihindari. Ambil foto secara beramai-ramai, susah untuk dielakkan. Kadang-kadang saya rasa ngeri,” kata Koster lagi.-Awani

Leave a Reply