Covid-19: Empat daerah di Selangor kini zon kuning

Share

SHAH ALAM – Empat daerah di Selangor ditakrif sebagai zon kuning wabak koronavirus (Covid-19) setakat jam 12 tengah hari semalam.

Selangor Task Force Covid-19 (STFC) menerusi kenyataan memaklumkan, dua kes baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 2,224 kes.

Menurutnya, empat daerah tersebut melibatkan Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Langat.

“Dua kes baharu ini melibatkan jangkitan seorang warga tempatan.

“Setakat jam 12 tengah hari tadi, dua kes baharu dilaporkan bagi Selangor dan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 2,224 kes,” kata kenyataan tersebut.

Dua kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 2,224 kes.
Sementara itu, sebanyak 82 kes Covid-19 baharu di Malaysia dicatatkan hari ini manakala sebanyak 89 kes sembuh baharu dicatatkan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 10,769 kes.

Pada 15 September lalu, semua daerah di Selangor berstatus zon hijau selepas 41 hari mengharungi kes aktif di bawah angka lima.

Pada hari itu, Selangor Task Force menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook menyatakan terdapat lima kes baharu di Selangor menjadikan jumlah keseluruhan ialah sebanyak 2,199 kes – Sinar Harian

Leave a Reply