Calon mula bimbang peratusan keluar mengundi tidak menggalakkan

Peratusan keluar mengundi yang rendah setakat ini melahirkan rasa bimbang bagi calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang, Norazman Utoh Nain, beliau mendapati hanya separuh sahaja pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 1 tengahari tadi.

Perkembangan itu mula mencetuskan kebimbangan memandangkan tinggal tiga jam sahaja lagi untuk pengundi turun mengundi.

“Melalui lawatan ke beberapa pusat mengundi setakat ini kita dapati beberapa PDM bilangan pengundi yang turun agak merisaukan.

“Sebagai contoh saya dapat maklumat daripada pegawai SPR di PDM ini, bilangan pengundi yang turun setakat ini baru lebih kurang 700 orang sedangkan jumlah pengundi keseluruhan dalam 1700 orang.

“Jam satu petang belum 50 peratus yang turun setakat ini. Jadi kita kena maklumkan kepada Ketua PDM untuk mula masuk ke kampung-kampung untuk memberikan galakan kepasa pengundi kita supaya turun menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette.

41 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari – SPR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker