PrnSabah: BN dan PN dijangka menang di 42 Dun

Share

oleh Akmar Hisham Mokhles

BN dan PN dijangka menang PRN Sabah dengan sekurang-kurangnya memperoleh 42 kerusi.

Walaupun hanya memperoleh majoriti mudah, namun ia cukup untuk membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baru.

Kerajaan baru ini juga akan diperkukuhkan lagi nanti dengan perlantikan 6 orang ADUN secara lantikan.

Penganalisis politik pula meramalkan beberapa calon dari parti lain yang bukan dari BN dan Warisan tetapi bakal menang dijangka akan melompat menyokong BN bagi membentuk sebuah kerajaan campuran nanti.

Apapun, saingan pilihanraya kali ni ternyata amat sengit sehingga menyukarkan banyak pihak untuk meramalkan siapa yang akan menang.

Sementara itu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bakal meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 26 September ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, keyakinannya adalah berdasarkan kehadiran pemimpin gabungan itu dan sambutan hadirin pada Ceramah Perdana malam ini, yang disifatkan sebagai simbolik kepada sokongan rakyat terhadap GRS.

Kerusi Dun Sabah, PAS harus nilai semula Perikatan Nasional

Leave a Reply