Lelaki paling gemuk di dunia berjaya ‘kalahkan’ Covid-19

 

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang lelaki Mexico yang menjadi yang paling gemuk di dunia, Juan Pedro Franco telah menangani pandemik koronavirus (Covid-19) dipercayai disebabkan oleh dietnya selama bertahun-tahun, senaman dan pembedahan pembuangan perut yang menyebabkan badannya susut sebanyak ratusan kilogram.

Franco pernah mencecah berat sehingga 595 kilogram (kg).

Ia sekali gus melebihi berat seekor beruang kutub yang menyebabkan dia diiktiraf Guinness World Records pada tahun 2017 sebagai lelaki paling berat di dunia.


Dia kini yang berusia 36 tahun mempunyai berat 208kg tetapi sejarah penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit kronik paru-paru membuatkan perjuangannya menentang virus amat memenatkannya.

“Ia merupakan penyakit yang amat agresif. Saya mengalami sakit kepala, sakit badan, sukar untuk bernafas, demam. Saya merupakan pesakit berisiko tinggi,” kata Franco kepada AFP di rumahnya di Aguascalientes.

Mexico yang mempunyai angka kematian keempat Covid-19 paling tinggi di dunia, mempunyai kadar obesiti tertinggi di dunia dalam kalangan kanak-kanak dan yang kedua tertinggi dalam kalangan golongan dewasa.

Suku daripada lebih 74,000 penduduk Mexico yang meninggal dunia selepas dijangkiti virus itu ialah golongan yang memiliki berat berlebihan.

Ramai daripada yang meninggal dunia itu mengalami sekurang-kurangnya tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti kerana dikaitkan dengan diet yang lemah dan kurang bersenam.

“Pesakit yang mengalami diabetes dan mempunyai tekanan darah tinggi serta jantung mudah menghadapi komplikasi yang serius akibat virus tersebut, kata Dr Jose Antonio Castaneda yang mengetuai pasukan bagi merawat Franco.

“Peluang mereka untuk menangani (virus) tersebut adalah tipis,” katanya.

Franco iaitu pesakitnya itu terkecuali daripada semua itu.

Dia yang kehilangan ibunya yang berusia 66 tahun akibat Covid-19 percaya rawatan mengurangkan berat badan termasuk tiga kali pembedahan membantunya untuk terus hidup kerana penyakit diabetes dan hipertensi kini berjaya dikawalnya. – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker